Sunday, February 27, 2011
Sejuta Impian
semua orang punya impian. saya juga. tapi, buat masa ini impian itu belum terlaksana lagi. bukan tidak berhasil, tapi outputnya belum mencapai apa yang saya mahu.
tapi, saya menerima sesuatu yang tak pernah saya sangka.
Monday, February 21, 2011
Setengah BERISI atau setengah KOSONG?
Adakah gelas itu setengah berisi ataupun setengah kosong?
Soalan yang begitu mudah. Antara sedar atau tidak, jawapannya amat KRITIKAL. Jawapan itu yang membezakan setiap individu dengan individu yang lain, individu yang cemerlang dengan individu yang gagal, individu yang optimis dengan individu pesimis ...
Soalan saja sudah menggambarkan segalanya, dimulakan dengan BERISI? Jelas dipengutara soalan seorang yang optimis.
Jawapannya adalah PERSPEKTIF.
PERSPEKTIF yang positif amat berpengaruh dalam kerjaya dan kehidupan kita. Ia menentukan kualiti kerjaya dan kehidupan. Ia juga menentukan hala tuju dan matlamat. Oleh kerana itu, individu yang memiliki perspektif positif mempunyai inisiatif untuk memberikan yang terbaik.
Mereka sentiasa melihat masalah sebagai peluang, kesukaran sebagai cabaran, dan kegagalan sebagai tangga kejayaan.
Mereka sentiasa melihat gelas itu SETENGAH BERISI dan bukannya setengah kosong
Sunday, February 20, 2011
Saturday, February 19, 2011
Happy Birthday to Me
Tuhan masih izinkan diri ini untuk bernafas lagi. Tapi, selama peluang dan keizinan itu diberi, berapa banyak amalan yang diterima? Berapa banyak pula yang terbazir begitu saja?
Subscribe to:
Posts (Atom)