Thursday, February 2, 2012

sesuatu yang puan tak tahu

balik sekolah, ibu jemput macam biasa. hari ni hari khamis ... hari yang paling dinanti ... bila kakak masuk dalam kereta, tutup pintu ... ibu tekan minyak dan kereta bergerak ... ibu akan tanya soalan macam biasa ...

"macam mana pendidikan seni hari ni?"
"hmm ... kakak letak kepala atas meja"
"hahh???" ibu terperanjat ... kerling dari ekor mata ... nampak muka kakak sedih. sayu. betullah, ibu baru perasan kakak tak macam selalu.
"kenapa?" tanya ibu pendek.
"kakak tak bawak beg pendidikan seni" mukanya masih murung
"ALLAH!" ibu baru perasan memang kakak tak bawak beg pendidikan seni tu. tapi tadikan semua dah sedia? ibu hanya bersoal dan berjawab dalam hati.

ibu balik ofis ibu, ambil semua beg dan barang, punch card dan balik rumah. sepanjang jalan, kakak hanya cerita tentang kawan-kawan dalam kelas pendidikan seninya.
"mama amirah tak pandai lukis bunga, jadi mama amirah printkan gambar bunga yang besar untuk amirah." ibu hanya mendengar, tapi ibu rasa ada sesuatu yang tak kena pada kakak hari itu.

petang tadi waktu jemput kakak balik sekolah, hujan turun renyai-renyai, jadi keadaan lalu lintas yang perlahan buat ibu dan kakak tiba lewat kat rumah. so malam ni ibu kata kakak tak payah pergi kelas mengaji ... akan terlewat sampai, takut ustazah dah tutup pintu rumah.

lepas mandi, memang terserlah kepelikan pada diri kakak yang ibu rasa petang tadi. lewat malam baru kakak tidur. ibu usah lembut rambut kakak, ibu cium ubun-ubun kepala kakak. walau ibu terlena sekejap tadi ... tapi ibu dapat rasa perasaan kakak hari ni.

dan lewat malam itu, ibu switch on netbook, lalu mencoret sesuatu dalam blog ibu.

puan,
hari ini anak saya pulang sekolah dengan riak sedih diwajahnya. bila saya bertanya tentang kelas pendidikan seninya hari ini, makin terserlah kesedihan itu. kesedihan yang pada awalnya tak saya sedari. 


selama 2 waktu kelas pendidikan seni hari ini, anak saya hanya diminta meletakkan kepalanya di atas meja.  hanya matanya yang melihat segala pergerakan teman-teman, sedangkan hatinya memberontak untuk turut serta dalam aktiviti hari ini.


puan, 
mungkin puan hanya nampak yang dia tidak membawa segala kelengkapan yang telah puan arahkan kepadanya sebelum ini.


tetapi, ada sesuatu yang puan tak tahu, puan tak tahu yang sejak puan beri dia senarai barangan yang perlu dibawa, setiap hari dia akan ingatkan saya tentang hal itu. yang puan tak tahu juga, selama cuti sekolah sempena tahun baru cina, setiap hari dia bercerita tentang tugasan yang bakal dia buat dalam kelas pendidikan seninya bila sesi sekolah bermula nanti.


yang puan tak tahu juga, saya tersilap menyusun alatan seninya pada hari selasa lepas kerana dia begitu teruja untuk kelas seninya kali ini. dia tertawakan saya kerana tersilap jadual. 


yang puan tak tahu juga, sejak pagi tadi, anak saya sangat bersemangat, kerana hari ini hari khamis, hari yang sangat dinanti akhirnya tiba juga. hari yang ada kelas pendidikan seni!


sayangnya, saat keluar dari rumah tengah hari tadi, dia terlupa membawa sekali beg pendidikan seninya yang saya letak betul-betul di sebelah beg sekolahnya. dan kesannya ... dia dihukum meletakkan kepalanya di atas meja sepanjang waktu pendidikan seni.


puan,
sesuatu yang paling puan tak tahu adalah .... balik sekolah, dia terus ambil beg pendidikan seninya ... keluarkan segala alatan yang puan pesan perlu di bawa hari ini ... dan dia terus membuat tugasan itu tanpa henti ... dari pukul 8 malam hingga hampir 12 tengah malam, dia buat tugasannya sendiri tanpa hiraukan saya ... 


dan mulutnya tak henti bercerita ... 


"mama amirah tak pandai lukis, jadi mama amirah printkan gambar flower yang besar untuk amirah"


"syasya dengan dania tak bawak cawan kertas macam yang cikgu suruh ... jadi mama diorang potongkan botol mineral untuk diorang"


puan,
mungkin puan masih belum faham tentang sesuatu yang puan tak tahu itu. saya ibunya, saya juga seorang guru seperti puan. apa salahnya jika waktu itu puan berikan dia tugasan lain, bukan hanya MELETAKKAN KEPALA DI ATAS MEJA.


mungkin puan boleh berikan dia sehelai kertas, agar dia boleh buat sesuatu pada kertas tersebut. masanya sepanjang waktu pendidikan seni juga tidak terbazir begitu saja. 


mungkin juga puan boleh arahkan dia membantu teman-temannya yang lain. dia beritahu saya, pada awalnya dia sedang membantu temannya Amirah menggunting gambar-gambar bunga matahari yang dibawa. apa salahnya jika dia dibiarkan terus membantu temannya itu.


dia melepaskan keterujaannya di rumah. di hadapan saya. bersungguh-sungguh dia menyiapkan tugasannya walau mungkin di mata puan ... tidak bermakna apa-apa ...


walaupun bunga yang dilukisnya hanya biasa-biasa saja di mata puan, bunga itu tetap cantik di mata saya ... kerana anak saya terdera hari ini akibat tindakan puan yang pada mata saya tidak begitu praktikal.


puan, 
sebelum dia tidur malam ini, dia beritahu saya dengan penuh semangat,
"besok kakak nak bawak bunga kakak pergi sekolah. kakak nak letak dekat belakang kelas. kakak nak kawan-kawan tengok bunga kakak"


puan takkan faham juga apa maknanya kan, puan?




ibu switch off netbook ibu, ibu pandang wajah kakak yang dah lama terlena, tapi dari bibir mungil kakak, ibu masih boleh dengar suara kakak. kakak mengingau dalam tidur ...

"besok kakak nak bawak flower kakak ni."

dan air mata ibu mengalir lagi.




Tepi Jendela,

Wednesday, April 6, 2011

If we

If we teach today as we taught yesterday, we rob our children of tomorrow

- John Dewey -


Tepi Jendela,

Thursday, March 24, 2011

Baik vs Buruk

seorang teman pernah mengingatkan ... "sahabat yang baik adalah musuh kita"

mungkin sedikit kabur buat kali pertama ... tapi bila dibaca berulang kali ... memang terserlah kebenarnya ...


sahabat baik kita adakalanya terpaksa menipu kita, demi untuk menjaga hubungan baik itu ... tapi musuh akan berterus terang dengan jujur ... telus dalam menerangan segala kelemahan kita ... dan ini amat sukar diperoleh daripada seorang sahabat baik ...


Tepi Jendela,


Saturday, March 5, 2011

TERRRRR tembak!!!!

setiap tahun ... pasti ada mesyuarat PIBG, setahun sekali. sama seperti hari ini. seperti biasa, awal pagi sudah terpacak di depan pintu utama sekolah. jam ditangan baru pukul 7:45 pagi. mesyuarat pula hanya akan bermula jam 9:00 pagi ... alamak, perut sudah berbunyi, minta diisi ...

tapi bukan itu semua yang ingin dikongsi hari ini.

alhamdulillah, mesyuarat bermula dengan lancar hari ini. alhamdulillah, bilangan ibu bapa yang hadir hari ini juga bertambah dari tahun sebelumnya. walau tidak ramai, tetap ada perubahan. moga tahun hadapan, akan lebih ramai lagi yang hadir ....

saat mesyuarat tiba ke penghujung, pada bab HAL-HAL BERBANGKIT, maka bangkitlah juga seorang ayah dari kerusinya dan bersuara, "SAYA MASIH BELUM MENERIMA LAGI BUKU LAPORAN PENILAIAN ANAK SAYA UNTUK TAHUN LEPAS" ... alamak!!!!!!

dan dengan penuh tenang, bos saya bangun berdiri dan dan bersuara, "ENCIK, SILA JUMPA SAYA SELEPAS INI UNTUK HAL ITU YA" begitu tenang suaranya.

saya sudah mengangkat tangan untuk menjawab, sebab itu memang tugas saya tahun lepas. tapi bos menggelengkan kepalanya, isyarat agar saya berdiam. ada juga suara guru-guru yang menyuruh saya bersuara. saya terperangkap. mujur akal masih memilih ARAHAN BOS untuk berdiam diri saja.

selesai semuanya, saya terus berjalan menuju ke arah bos saya.. dia senyum. saya terangkan duduk perkara sebenar ... saya ceritakan semua ...

"tuan haji, sebenarnya masa tu kan tuan haji kat makkah. saya hanya terima surat arahan hari khamis, suruh saya semak semua data dalam buku penilaian ko-kurikulum tu ... dan buku-buku tu mesti lengkap ... so ... kalau saya minta guru-guru tingkatan serah pada pelajar, saya takkan dapat bilangan buku yang cukup untuk setiap kelas. nanti bila buka sekolah ... tentu kita ada isu buku hilang pulak ... sebab tu saya buat keputusan untuk simpan buku tu dan hanya beri pada ibu bapa tahun ni ... tapi saya lupa nak inform pada tuan haji. tapi buku-buku under saya memang semua cukup ... dan lengkap ... yang hilang pun dah berganti dan berisi dengan data"

bos saya tetap senyum. "kita makan dulu, isnin nanti kita bincang" dan dia berlalu. tenang sungguh ....

adakalanya, kita TERPAKSA buat pilihan. adakalanya, pilihan yang kita ambil belum tentu yang TERBAIK, tapi pilihan itu dapat menyelamatkan ramai orang yang berada di bawah kita ...

seperti mana yang berlaku pada saya. saya hanya terima arahan pada hari khamis, tengah hari untuk menyemak semua data dalam buku tersebut.
-mana-mana data yang tidak lengkap harus dirujuk kembali kepada guru tingkatan berkenaan.
-mana-mana pelajar yang tidak mempunyai buku penilaian tersebut, harus diganti.
-mana-mana markah yang belum diisi, harus diisi.

LENGKAP ... dan buku-buku itu harus disimpan diruang yang telah disediakan.

dan esoknya adalah hari jumaat terakhir persekolahan. adalah MUSTAHIL untuk saya kumpulkan buku-buku itu kembali bersama tandatangan ibu bapa. maka dengan itu saya membuat keputusan untuk tidak menyerahkan buku-buku tersebut pada tahun lalu.

malangnya, saya TERLUPA nak beritahu pada bos. maafkan saya ya bos.

tapi... TERIMA KASIH sebab beri saya pengajaran berharga pada hari ini.

Tepi Jendela,

Sunday, February 27, 2011

Sejuta Impian

semua orang punya impian. saya juga. tapi, buat masa ini impian itu belum terlaksana lagi. bukan tidak berhasil, tapi outputnya belum mencapai apa yang saya mahu.

tapi, saya menerima sesuatu yang tak pernah saya sangka.


moga ini menjadi pemangkin untuk saya mencapai impian saya yang satu itu.


Tepi Jendela,

Monday, February 21, 2011

Setengah BERISI atau setengah KOSONG?

Adakah gelas itu setengah berisi ataupun setengah kosong?

Soalan yang begitu mudah. Antara sedar atau tidak, jawapannya amat KRITIKAL. Jawapan itu yang membezakan setiap individu dengan individu yang lain, individu yang cemerlang dengan individu yang gagal, individu yang optimis dengan individu pesimis ...

Soalan saja sudah menggambarkan segalanya, dimulakan dengan BERISI? Jelas dipengutara soalan seorang yang optimis.

Jawapannya adalah PERSPEKTIF.

PERSPEKTIF yang positif amat berpengaruh dalam kerjaya dan kehidupan kita. Ia menentukan kualiti kerjaya dan kehidupan. Ia juga menentukan hala tuju dan matlamat. Oleh kerana itu, individu yang memiliki perspektif positif mempunyai inisiatif untuk memberikan yang terbaik.

Mereka sentiasa melihat masalah sebagai peluang, kesukaran sebagai cabaran, dan kegagalan sebagai tangga kejayaan.

Mereka sentiasa melihat gelas itu SETENGAH BERISI dan bukannya setengah kosong

Tepi Jendela,

Sunday, February 20, 2011

Sesuatu

boss minta "report" yang tak pernah wujud ...

so how?

Tepi Jendela,