Monday, August 2, 2010

Siap dan Lengkap?

Terlibat dan tersenarai dalam barisan ajk dan urutan tugas yang penuh sepanjang tahun bukan sesuatu yang pelik. Kali ini, nama Mira tersenarai lagi untuk satu program peringkat daerah anjuran PPD di sini. Sebagai tuan rumah, tentu ada banyak tugas yang perlu dilaksanakan sebelum program tersebut berjalan. Tambahan pula tanpa penajaan, sudah tentu pelaksanaan program ini ada sedikit perit.

Atas usaha dan inisiatif guru-guru yang terlibat, sedikit penajaan dapat diperoleh di saat-saat akhir. Suatu usaha yang patut diberi pujian. Maklumlah, dalam keadaan yang semuanya TERHAD, masih ada insan yang sudi menghulur bantuan untuk menjayakan program ini.

Namun, untuk majlis kali ini, dalam senarai para petugas, tersenarai juga satu nama yang Mira cukup kenal, tapi kami tak begitu rapat. Dia ditugaskan untuk menyediakan sijil program. Dan sijil itu TERHAD. Dia selalu mendabik dada memukul canang. Setiap kali mesyuarat di adakan, dia tidak segan silu

Tepi Jendela,