Atas usaha dan inisiatif guru-guru yang terlibat, sedikit penajaan dapat diperoleh di saat-saat akhir. Suatu usaha yang patut diberi pujian. Maklumlah, dalam keadaan yang semuanya TERHAD, masih ada insan yang sudi menghulur bantuan untuk menjayakan program ini.
Namun, untuk majlis kali ini, dalam senarai para petugas, tersenarai juga satu nama yang Mira cukup kenal, tapi kami tak begitu rapat. Dia ditugaskan untuk menyediakan sijil program. Dan sijil itu TERHAD. Dia selalu mendabik dada memukul canang. Setiap kali mesyuarat di adakan, dia tidak segan silu